Sana sini Mak Lang terkocoh-kocoh, menyiapkan segala keperluan. Aku yang sedang menukar sarung kusyen hanya memerhatikan langkah Mak Lang. Di bawah, Mak Cik Enon dan Makcik Ros sedang memotong bawang yang berbakul banyaknya sambil mulut terkumat kamit sibuk berbual dan ketawa.
Bukan tidak pernah Syima dirisik atau dipinang orang tapi tidak sesibuk hari ini. Kali ini, Mak Lang betul-betul ingin membuat persispan rapi nak menyambut bakal menantu kesayangan la katakan. Aku tersengih, dalam hati cuma.
"Liya, sampai bile kau nak menelek kusyen tu? Kerja kat dapur ni melambak-lambak lagi. Lepas ni kau pergi kukur kelapa. Cepat sikit!!" suara Mak Lang yang nyaring memecahkan lamunan ku.
"Baik Mak Lang, sikit lagi Liya siapkan." ujarku lembut.
Mak Lang menjeling dan berlalu pergi. Sejak aku meningkat dewasa ini, Mak Lang dan Syima jarang sekali ingin memaki hamun aku lebih-lebih. Mungkin aku sudah dewasa, Selalu nya aku dilayan umpama halimunan. Itu lebih bagus untukku daripada diherdik dan dimaki.
Aku bingkas bangun. Kusyen-kusyen yang sudah siap ku sarungkan dengan sarung baru, ku susunkan semula ditempatnya agar tampak lebih kemas.
Aku ke dapur. Aku melihat Mak Lang mengelap peluh yang meleleh. Mak Lang sedang memotong beberapa bahan mentah untuk dimasak sekejap lagi. Entah ke mana Syima, langsung tidak mahu menolong emaknya di dapur.
"Mak Lang biarlah Liya buat, Mak Lang pergilah berehat dulu". pintaku lembut. Kesian benar aku melihat Mak Lang berperit jerih memasak di dapur. Sementelah usia Mak Lang yang sudah menjangkau 59tahun.
Mak Lang meninggalkan pisau di atas meja dan berlalu pergi. Tidak langsung disahutnya, tidak langsung ditolehnya wajahku. Sudah terbiasa dengan keadaan itu, aku lantas mengambil alih tugas Mak Lang.
Azan Maghrib berkumandang di surau sebelah rumah. Aku masih lagi menyiapkan kerja-kerja di dapur tanpa menyedari masa berlalu. Aku membasuh perkakas-perkakas yang telah siap kugunakan sebelum melangkah ke bilik air untuk mandi dan berwuduk. Suara Mak Lang dan makcik-makcik yang rancak berbual dari tadi tidak lagi kedengaran. Mungkin semua sudah beransur pulang ke rumah masing-masing.
Setelah menyirami badan yang lesu dengan air sejuk aku bergegas masuk ke bilik. Langkahku terhenti seketika sebelum tangan memulas tombol pintu bilik. Aku terlihat Mak Lang sedang duduk di serambi seorang diri sambil termenung. Hendak ditegur, sudah pasti tidak akan ada balasan. Lantas kubiarkan sahaja. Namun, aku sedikit hairan kerana beberapa kali aku melihat Mak Lang mengesat air matanya yang gugur. Entah kenapa. Mungkin sedih anak kesayangannya bakal menjadi isteri oranag dan bakal meninggalkan rumah ini.
"Liya..oh Liya" Terdengar suara Mak Lang memnggilku.
"Liya di dapur ni Mak Lang" sahut ku dari arah dapur.
"Kau dah siapkan semua lauk pauk untuk hidangan nanti" Mak Lang bertanya. Kedengaran nada suara Mak Lang tidak seperti biasa. Lebih lembut walaupun mendatar.
"Liya tengah siapkan ni Mak Lang. Mak Lang sarapan la dulu" aku tidak memandang Mak Lang. Mataku ku arahkan ke gulai keladi di periuk sambil tanganku mengacau kuahnya. Sengaja aku tidak mahu bertentang mata dengan Mak Lang. Entah kenapa kurasa kan sikap Mak Lang aneh sedikit.
"Mak!!! oo Makkk!!!" jeritan suara Liya mengejutkan aku dan Mak Lang didapur.
"Mak kat dapur ni Ma" Mak Lang menyahut sambil tangannya membelek belek sayur labu yang sudah ku siang tadi.
"Mak! Pukul berapa rombongan nak sampai? Syima ada hal la" Syima mengerut-ngerutkan keningnya sambil menguak rambutnya yang panjang dan kusut masai ke belakang kerana baru bangun dari tidur.
"Ada apa lagi ni Syima? Kau ni asyik nak berjalan je. Kau jangan nak ke mana -mana duduk rumah ni siap elok-elok. Mak taknak mereka tengok Syima selekeh." Tangan Mak Lang laju mengasingkan sayur sayur yang hendak ditumis.
"Hal penting la mak, Syima memang kena pergi jugak" Syima masih memujuk.
"Mak kata jangan, jangan!" Mak Lang meninggikan suaranya."Duduk rumah siap apa yang patut. Jangan degil" Mak Lang bercekak pinggang memandang Syima yang terkebil-kebil.
Syima menarik muka masam, berpaling dan menghempas pintu biliknya seperti biasa. Mak Lang kembali menyambung kerjanya. Diteruskan kerja-kerja memasak dengan ku. Di dapur Mak Lang lebih banyak mendiamkan diri. Mulutnya tidak seperti biasa yang menyuruh aku itu dan ini. Semuanya dibuat sendiri. Sesekali dia meminta tolong aku mengambil barang-barang yang diingini dalam masakan.Sikap Mak Lang membuat aku berasa sedikit kekok.
Entah kenapa pulak orang tua ni, selalu mulut bising macam-macam yang diarahkan aku sampai tak menang tangan aku dibuatnya. Hari ni lain pula. Senyap je, macam melayan perasaan pun ada.
Hampir dua jam di dapur, aku masih setia membantu Mak Lang walaupun Mak Lang sebenarnya langsung tidak mempedulikan ku. Selesai semua masakan aku mengemas dapur semula. Aku melihat Mak Lang mengesat peluh di dahi. Penat mungkin. Mak Lang berlalu pergi apabila melihat aku sudah mula mengemas perkakas dapur.
"Syima! dah pukul 11 ni. Pukul 12 karang Mat Seman dan rombongannya nak sampai dah. Kau dah siap belum" Mak Lang mengetuk pintu bilik Syima.
"Dah la Mak!" Kedengaran suara Syima yang memprotes kerana tidak membenarkan dia keluar sebentar tadi.
"Bagus" Mak Lang berlalu pergi dengan senyuman.
Kelihatan wajah ayu Syima sudah dirias dengan cantik. Baju kebaya sutera hijau di tubuhnya tampak menawan sekali. Syima memang pandai melaram walaupun dia cuma mendapat gred 3 dalam SPM. Rezeki dia nak kahwin dengan orang kaya. Bisikku di dalam hati.

0 comments:
Post a Comment