BLOGGER TEMPLATES AND Blogger Templates »

Monday, December 12, 2011

Antara Cinta dan Airmata Part 5~

Majlis risikan dan pertunangan Syima berlangsung meriah. Syima dan Hakim selamat mengikat pertunangan  dalam tempoh 3 bulan. Hakim tersenyum bahagia begitu juga Mak Lang. Selesai majlis, tanpa disuruh aku mengemas rumah dan mencuci kesemua pinggan mangkuk di dapur. Mak Lang dan bakal besan masih rancak berborak di luar.

" Liya...."

" Eh Tuan Hakim" aku terkejut. Hakim berdiri di belakang ku ketika aku sedang menyusun pinggan mangkuk di dapur. Aku pandang sekeliling tidak seorang pun kelihatan berada didapur. Hanya aku dan tuan Hakim sahaja aku bertambah panik. Gugup apabila berdua begitu. Rasa hormat dan malu padanya sebagai bos masih menebal dalam jiwaku.

" Dari tadi Liya asyik ke luar ke dalam tak penat ke" tanya Hakim sambil mengukir senyuman yang bisa menggugurkan jantung setiap wanita.

Aku terpaku. Terdetik dalam hati ku kehairanan kerana dia sudi menegurku. Entah kenapa dadaku berdebar saat dia berdiri di belangku.

" Saya sibuk sikit tolong Mak Lang. Lagipun kami tidak tak ada saudara mara yang lain yang membantu kalau kenduri-kenduri begini" ujarku berbasa basi. Aku agak kekok berbual dengan bakal sepupuku merangkap bos besar tempatku bekerja.

" Oh..." balasnya pendek. " Em Liya usahla bertuan tuan lagi dengan saya kita kan bakal jadi keluarga" Dia mengukir senyuman lantas berpaling pergi.

Aku terdiam. Aku termenung seketika. Ku lihat Hakim berlalu pergi. Tak sangka orangnya baik dan peramah.   Bukan sahaja kacak, malah bijak dan kaya.

"Beruntung sungguh Syima" Hati kecilku berbisik. Cemburu dengan tuah orang yang tak mungkin aku kecapi.

********************************

"Liya, kau nak bekerja di Kuala Lumpur?" Di suatu petang yang damai sedang aku enak duduk di tangga dapur Mak Lang tiba-tiba menegurku dengan nada yang sinis. Aku yang sedang mengunyah buah mangga yang ku cicah garam terkejut dengan pertanyaan Mak Lang.

"Eh mana Mak Lang tau ni? alamak matilah aku" dalam hati cuma.

"Errr..ye Mak Lang. Liya bercadang begitu la. Tapi itu pun kalau ada rezeki. Kenapa Mak Lang?" ujarku berhati-hati risau kalau-kalau tersalah cakap dan menimbulkan kemarahan Mak Lang. Mangga yang ingin ku kupas kulitnya tadi ku letak perlahan dalam pinggan. Aku menunggu balasan dari Mak Lang.

Mak Lang diam. 

"Nah" Mak Lang menghulurkan sampul surat yang tertera namaku dan alamat rumah ini. Aku melihat sampulnya sudah terkoyak. Pasti Mak Lang sudah membaca isi surat itu. Aku geram kerana membaca suratku tanpa keizinan tapi tidka kutunjukkan kemarahan ku itu. Mak Lang berlalu pergi meninggalkan ku.

Surat yang sekian lama ku tunggu akhirnya sampai ke tanganku. Aku ditawarkan untuk ditemuduga sebagai kerani di sebuah syarikat IT di Kuala Lumpur. Gembira bukan kepalang dengan tawaran itu aku dapat rasakan hidupku bakal berubah. Lantas di fikiran ku teringat Nisa rakan baik ku. Tidak sabar rasanya nak ku hebahkan berita gembira ini padanya esok.

********************************************************


" Liya kau jangan lupakan aku ye. Nanti kau sampai KL kau call aku ok. Sampaikan salam aku pada Kak Mya" ada getar di suara Nisa. Sedih barangkali. 

"Iye Nisa dah beribu kali kau pesan pada aku la pesan banyak-banyak kali lagi aku lupa" Aku ketawa kecil melihat telatah Nisa. wajahnya muram ada sendu dalam suaranya setiap kali bersuara. Tidak mahu melayan sedih di hatiku aku cuba berseloroh dengan Nisa. Siapa yang tidak sedih nak ke Kuala Lumpur keluarga sendiri  Mak Lang dan Syima langsung mengambil berat urusanku. Malah sejak pagi tadi aku tidak nampak kelibat Mak Lang dan Syima sedangkan keberangkatan ku ke Kuala Lumpur sudah kuberitahu Mak Lang semalam. Nasib baik  hanya Nisa yang sudi menghantarku ke stesen bas.

 Nisa masih bermuram. "Liya aku pasti rindukan kau, walaupun semiggu aje" Nisa tersenyum.

"Nisa, aku cuma pergi temuduga la itu pun kat KL je itupun belum tau lagi aku dapat atau tidak disitu" Aku tertawa lagi. Cuti yang ku ambil selama seminggu akan ku gunakan sebaiknya di Kuala Lumpur nanti untuk memohon  kerja yang sesuai sekiranya aku tidak berjaya dalam temuduga ini. 

" Aku doakan kau dapat Liya. Aku tau ini impian kau untuk bekerja di KL" Nisa cuba memberi semangat untukku. Aku tersenyum jua. Dalam hatiku  aku memang berharap untuk mendapatkan kerja ini.


******************************************************

Perjalanan ke Kuala Lumpur selama 4 jam itu memang agak memenatkan. Kak Mya kakak sulung kepada Nisa memang begitu baik padaku. Dijemputnya aku di stesen bas tadi bersama suami dan anak-anaknya yang comel. Rumahnya yang besar dan mempunyai kolam renang memang membuatkan aku kagum dengan kekayaan kakak sulung Nisa ini. 

"Liya, Liya rehatla ye. Kak Mya nak siapkan makan malam. Liya selesa tak dalam bilik ni?" wajah Kak Mya yang lembut seiras dengan Nisa menyejukkan mataku. 

"Selesa kak. Terima kasih ye Kak Mya. Liya susahkan Kak Mya aje" Masakan aku tidak selesa duduk di dalam bilik yang dilengkapi penghawa dingin, besar dan serba mewah  ini. Aku bersyukur kepada Allah kerana memudahkan urusanku. 

*****************************************************

"Liya, Liya" Ketukan pintu mengejutkan aku dari terlena.

"Astaghfirullah" Istighfar aku dalam hati selesai solat maghrib tadi aku tertidur dalam keadaan ku masih bertelekung. Aku bangkit dari sejadah sambil terpisat-pisat.

"Liya, Liya" suara lembut Kak Mya masih kedengaran dari luar aku bergegas membuka pintu.

"Mintak maaf kak saya terlelap tadi. Saya tak dengar akak ketuk pintu" aku memohon maaf sudah pasti kak Mya menunggu ku lama membuka pintu. Aku rasa bersalah pada Kak Mya.

"Oh tak apa. Kak Mya pun rasa Liya dah tidur. Tapi akak nak ajak Liya makan malam dulu. Sejak tadi akak tengok Liya belum jamah apa-apa makanan lagi kan?" Kak Mya bersuara lembut.

Telahan Kak Mya benar. Perutku berkeroncong minta diisi. 

" Em belum kak." Ujarku malu.

"Jom makan" Kak Mya seakan mengerti lalu tersenyum kepadaku.

Rasa malu menebal dalam diri sudahlah tidak menolong Kak Mya di dapur. Kesian kak Mya.

***********************************

"Kak mintak maaf ye Liya tak tolong akak masak pun" aku bersuara ketika membantu Kak Mya mengemas meja makan nya yang besar itu. rasa bersalah masih wujud dalam hati. Tambahan pula lauk pauk yang dimasak Kak Mya sedap-sedap belaka.

"Ish Liya ni, apa pulak Liya kan tetamu. lagipun akak dah ada pembantu di dapur sambil menunjukkan kedua anak perempuannya berumur 11 dan 12 tahun Fira dan Fina yang comel yang rajin membantu ibunya mengangkat pinggan mangkuk.

Sungguh aku kagum dengan Kak Mya. Walaupun kaya dan berharta Kak Mya tidak mempunyai seorang pun pembantu rumah. Semua urusan rumahtangga diuruskan Kak Mya sendiri dan dibantu dua anak perempunnya yang sangat rajin dan berbudi bahasa. 

"Liya, syarikat yang Liya nak temuduga esok di mana? Kak Mya bertanya sambil mengelap dapurnya yang sedia berkilat itu.

"Syarikat IT Capital Blue Wave di Jalan Klang Lama. Jauh tak kak?" aku menjadi risau apabila mengingatkan tentang temuduga esok.

" Tak jauh la Liya. Nanti akak suruh Abang Hassan hantarkan Liya ye." 


'Tak apa lah kak. Saya dah banyak menyusahkan akak ni. Saya dapat menumpang disini pun dah kira bersyukur kak. Esok saya pergi dengan teksi aja ye kak"

"Liya, takpe akak tak kisah pun. Akak gembira Liya sudi duduk rumah akak ni lagipun kami tiga beranak je dalam rumah ni Abang Hassan malam baru balik rumah. Sibuk dengan business dia" Aku terharu dengan keikhlasan Kak Mya. Entah bagaimana harus ku balas budi Kak Mya sekeluarga.

" Terima Kasih Kak. Susah saya nak balas budi baik akak ni" Aku benar-benar tersentuh dengan kebaikan kak Mya. Selama aku hidup dengan Mak lang tak pernah dia melayan aku sebaik ini apatah lagi Si Syima. Sedih bila mengenangkan darah daging sendiri melayan sebegitu rupa.


********************************************

"Tahniah Cik Sharifah Zaliya. Minggu depan Cik Zaliya boleh mula bekerja di Syarikat kami ye." Eksekutif Sumber Manusia yang muda dan bergaya itu menghulurkan tangan berjabat denganku.  Ku sambut salam itu dengan penuh gembira. Dalam hati tak putus-putus aku mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana mengurniakan aku rezeki.

"Terima Kasih banyak-banyak Cik Julia" Aku menyimpulkan senyuman menyusun langkah meninggalkan lobi utama pejabat yang besar dan mewah itu.

Aku melangkah dengan penuh semangat dan keazaman untuk mengubah nasib diriku. Sungguh ku tak sangka jawatan kerani yang ku pohon tetapi akhirnya aku ditawarkan jawatan eksekutif setiausaha kepada CEO di syarikat ini. Gaji yang ditawarkan lumayan dan tidak mampu untuk aku menolak tawaran yang tidak disangka ini.

***************************************

Pagi Jumaat yang permai indah ini membuatkan perjalanan kami ke kampung terasa ceria dan selesa. Anak-anak Kak Mya yang sememangnya dilatih bangun seawal subuh tampak begitu teruja pulang ke kampung. Menurut Kak Mya sudah setahun mereka sekeluarga tidak dapat pulang ke kampung kerana Abang Hassan suami Kak Mya yang begitu sibuk menguruskan perniagaan. Kali ini, Abang Hassan terpaksa mencuri masa membawa keluarga pulang ke kampung memandangkan Kak Mya begitu rindu kepada ibu dan adiknya Nisa. 

Aku? Aku seperti biasa tiada apa yang menunggu ku  di kampung melainkan sahabat ku Nisa. Mak Lang dan Syima tidak mungkin menanti kepulangan ku. Aku melepaskan keluhan kecil. Berharap suatu hari nanti ada insan yang mampu menyayangiku sepenuh hati. Alangkah rindunya hatiku kala ini pada arwah ibu dan bapa juga arwah Pak Lang yang terlalu menyayangiku seprti anaknya sendiri.

Aku tersedar apabila terasa ada orang menggoyangkan tubuhku.

"Aunty Liya kita dah nak sampai ni"  Fina anak bongsu kak Mya mengejutkan ku.

"Okey Fina aunty dh jaga la saja aunty pejam mata" aku tersengih sumbing. Malu dikejutkan anak kecil itu. 

Abang Hassan dah pun parkir kereta nya di halaman rumah Mak Lang.

"Kak Mya dengan abang Hassan tak nak masuk dulu?" aku berbasa basi walaupun aku tau mereka takkan singgah ke rumah Mak Lang. Faham benar dengan perangai Mak Lang itu agaknya.

"Takpelah Liya, Liya sampaikan salam kami sekeluarga pada Mak Lang ye" Abang Hassan bersuara. Aku lihat wajah Kak Mya serba salah mungkin tak mahu aku berkecil hati.

"Terima Kasih ye Abang Hassan, Kak Mya. Bye bye girls" Aku melambai anak-anak Kak Mya dan Abang Hassan.

"Liya! Nanti hari Ahad petang akak dan abang datang jemput Liya disini ye" Kak Mya melaung dari kejauhan setelah kereta bergerak.

Aku mengangguk tanda faham. Hari Ahad aku akan balik ke KL semula bersama keluarga Kak Mya. Hari Isnin aku akan memulakan kerja di tempat baru. Mengingatkan itu rasa gembira di dalam hati tidak dapat ditahan. Aku tersenyum sendirian.

"Apa yang kau tersengih tu? Aku ingat kau dah taknak jejak rumah ni lagi" Di serambi rumah Mak Lang bercekak pinggang sambil mencemikkan mulut tanda meluat apabila melihat ku.

"Assalamualaikum Mak lang" aku memberi salam aku menghulurkan tangan untuk menyalami Mak Lang tapi tidak disambut Mak Lang. Seperti biasa aku sudah terbiasa dengan keadaan itu sedikit pun aku tidak berkecil hati.

"Liya dah dapat kerja di Kuala Lumpur Mak Lang" Aku memandang wajah Mak Lang. Walaupun aku tau reaksi Mak lang tapi hanya Mak Lang orang tua ku dalam dunia ini aku akan tetap ingin berkongsi kegembiraan dengannya.

"Bagusla" Mak Lang bersuara perlahan. Tidak meninggi seperti tadi.

"Bila kau nak pergi dok KL tu" Mak Lang bertanya. Aku belum sempat naik ke rumah lantas aku duduk di tangga. Mak Lang masih bercekak pinggang dan hanya memandang ku sekilas.

"Hari Isnin"

"Hah bagusla" Mak lang bangkit dan terus masuk ke dalam. Aku mengangkat beg yang ku pegang tadi masuk ke bilik. Aku lihat Syima sedang membaca majalah di ruang tamu. Dia memandang ku dengan wajah selamba.

"Oh kau rupanya aku ingatkan siapa. Kau pergi mana aku tak nampak pun kau sehari dua ni" Syima bertanya sambil matanya masih menelek majalah URTV kegemarannya itu.

"Liya dapat kerja di KL. Isnin Liya dah mula kerja" Aku membalas dengan baik.

"Bagusla kerja kat KL tu. Kerja apa kau buat kat KL tu? Tukang sapu sampah ke?" Syima tertawa sinis.

Tidak mempedulikan sindirannya aku terus masuk ke bilikku.  Huh! nak sindir aku pulak. Dia tak sedar ke keputusan SPM aku cemerlang 10A1. Aku lebih berpelajaran tinggi darinya. Walaupun aku anak yatim piatu aku berusaha kuat untuk layak masuk ke unversiti sekaligus aku mendapat bantuan biasiswa sepenuhnya dari kerajaan. Berbanding dengan Syima yang corot dalam setiap peperiksaan. Hanya bersandarkan rupa parasnya yang cantik dia mampu memikat ramai lelaki kaya. Sudah sampai masanya aku menggunakan ijazah yang aku perolehi untuk keluar dari kepompong manusia yang hanya tau membenci diriku.

Hari Ahad seakan lambat tiba. Kejadian malam itu membuatkan hatiku meronta-ronta untuk terus meninggalkan kampung ini. Kampung yang sentiasa menyelimuti aku dengan kesedihan dan kelukaan. Aku menjalankan tugas di rumah seperti biasa. Memasak, mengemas rumah membasuh baju dan pinggan mangkuk setiap pagi seperti sudah menjadi darah dagingku.

Sudah 2 hari aku melihat dua beranak itu sibuk keluar membeli belah sambil ditemani Hakim tunang Syima yang segak  itu menaiki kereta mewahnya. Pernah Hakim mengajak aku kaluar bersama tapi apabila Syima mendapat tahu Hakim mengajak ku pergaduhan besar telah berlaku antara mereka, lantas aku menyepikan diri kerana tidak mahu menjadi punca perkelahian dua jiwa itu. Masih terngiang-ngiang kata-kata Syima pada ku malam itu yang menjadi punca aku tekad utk menggalkan kampung ini selamanya. Aku tidak mahu menyimpan dendam pada Mak lang dan Syima kerana hanya mereka saudara ku di dunia ini. Namun, aku jua tak bisa diriku dan hatiku diinjak-injak lagi. Sudah puas aku bersedih tanpa kasih sayang dari insan yang bernama manusia.

"Hei perempuan kau jangan nak cuba-cuba menggatal dengan Si Hakim tu ok. Aku taknak kau muncul pun depan aku dan Hakim dalam rumah ni paham!" Syima meneriak memarahi ku di malam yang hening itu. Puncanya ialah apabila Hakim mengajak aku keluar bersama mereka.

"Syima, Liya tak ada niat buruk pun pada Syima dan Hakim. Liya masih sedar diri Liya ni siapa" ujarku menahan sakit hati di dada. Aku mengetapkan bibir. Aku sudah dewasa bukan lagi kanak-kanak yang boleh mereka tengking dan herdik sesuka hati mereka.

"Hah bagusla kalau kau sedar diri. Hei bila kau nak berambus dari rumah ni ha? Kau tu beban tau pada kami. Sampai bila kau nak menumpang dan menyusahkan aku dengan Mak ha? Kau dah dapat kerja kan kau berambuss la dari rumah ini." api cemburu Syima masih membara. Mak lang yang sedari tadi duduk menyepi di ruanng tamu membatukan diri.

Aku menarik nafas sedalamnya mencari kekuatan diri sendiri.

"Baiklah" Aku menahan diri. menahan airmata dari gugur. Namun aku gagal.

" Syima, Mak Lang Liya akan pergi. Liya tau Liya ni bebanan pada Mak Lang dan Syima. Liya sedar selama ni Liya seperti melukut di tepi gantang." Mataku berkaca. Kabur dek airmata yang merembes keluar tanpa ku sedari. Aku menahan kepedihan hati. Aku lihat Mak Lang memandang wajahku. Aku tidak pasti pandangan Mak lang itu. Yang pasti ini adalah pengakhirannya aku akan putuskan hubungan aku dengan Mak Lang dan Syima dan berjanji tidak akan pulang lagi ke sini. Sudah puas aku dihina diejek dimarahi. Kini aku tidak mampu terima lagi sabrku sudah berada di kemuncak.

" Bagus! Aku pun tak ingin nak tengok muka kau lagi la. Selama ni pun aku tak pernah anggap kau tu saudara aku. Tak habis-habis kau tu nak menyusahkan hidup aku dengan mak aku. dulu mak kau buat mak aku sekarang kau pulak nak rampas hak aku?" Syima bertempik. Aku tidak mengerti maksud kata-katanya. Aku memandang wajah Mak lang mencari pengertian kata-kata Syima. Mak Lang hanya tunduk membisu membatukan diri. Aku faham cemburu Syima yang keterlaluan padaku tapi apa kena mengena arwah ibuku dengan Mak Lang? Sukar untuk aku mengerti. Kepala ku berdenyut tiba-tiba. Aku tak mampu menahan semua ini lagi. Aku akan pergi jauh dari insan-insan yang behati walang ini.

**************************************




Hari Ahad yang ku tunggu telah tiba. Sejurus kereta Abg hassan berhenti aku meluru melompat naik. Tidak mahu ku toleh lagi rumah itu. Aku ingin membuang jauh kenangan aku dirumah itu. Dari jauh aku sempat melihat Mak lang memerhatikan pemergianku dari tingkap biliknya. Aku tidak mahu lagi ada hubungan dengan mereka. Aku tidak berdendam tapi biarlah aku pergi mungkin itu yang mereka mahukan sejak dari dulu. Mungkin suatu hari nanti aku akan pulang ke sini tapi entah bila aku pun tak pasti.


Memulakan hidup seorang diri di bandar metropolitan ini memang tidak kurang cabarannya. Aku dan Nisa berkongsi menyewa rumah di pinggir kota. Nisa rakan karib ku juga mendapat tawaran kerja yang baik di KL, kami mengambil keputusan untuk menyewa rumah sahaja walaupun didesak Kak Mya beberapa kali agar tinggal bersma keluarganya di banglo yang besar itu. Tapi aku dan Nisa bersepakat ingin berdikari dan aku sendiri  ingin memulakan hidup baru tanpa menumpang sesiapa. Serik dengan apa yang menimpaku membuatkan aku merasa trauma untuk mengharapkan sesiapa.

Pemandangan dari balkoni kondominium ini memang mendamaikan jiwa. Dari sini, aku dapat melihat Menara Berkembar Petronas dan beberapa bangunan lain yang menaburi kota yang penuh kesibukan ini. Aku asyik melihat pemandangan waktu malam  yang dilimpahi cahaya neon. Aku menjeling sekilas jam di dinding, menunjukkan waktu hampir pukul 12 tengah malam. Nisa masih belum pulang lagi. Aku lantas mencapai telefon bimbit Blackberry milikku mendail nombor Nisa.

"Helo, Nisa kenapa belum balik lagi?"

"Hai sorry la Liya, aku masih dengan client lagi ni. Aku maybe balik lewat sikit okey. Kau tak payah tunggu aku tau" kedengaran suara Nisa seakan berbisik mungkin panggilan ku mengganggu urusan Nisa.

"Okeyla dear. Aku tidur dulu. Kau bawak kunci kan. See you tomorrow bye"

"Okey bye"

Mungkin sibuk sangat agaknya. Nisa yang baru sahaja dinaikkan pangkat kepada pengurus pemasaran saban hari semakin sibuk. Jarang benar aku dan Nisa dapat menghabiskan masa bersama seperti dulu. Aku juga tidak kurang sibuknya. kerja-kerja di pejabat itu semakin menyesakkan dadaku.  Aku menghempaskan badan ke atas katil yang empuk. Lampu belum ingin kupadamkan. Otak ku masih ligat berpusing.5 Tahun yang lalu hidupku umpama dalam neraka. Kini, aku mampu tersenyum puas. Hidupku kini lebih mewah berbanding dulu. Semuanya atas usaha dan rezeki yang Allah berikan kepadaku. Aku bersyukur dengan apa yang aku miliki kini adalah hasil dari titik peluh ku sendiri. Aku masih ingat tahun pertama aku dan Nisa memulakan hidup di KL kehidupan kami agak susah. Pergi balik kerja menaiki bas dan tren. Kini, aku dan Nisa mampu berbangga dengan pencapaian kami. Masing-masing sudah mampu memliki kereta dan tinggal di rumah yang lebih selesa. Mataku terasa berat, entah pukul berapa aku terlena diulit mimpi yang indah.


*********************************************************************************

" Zaliya, Encik Zafril panggil kau masuk ke pejabatnya" Nuha setiausaha En, Zafril memanggilku. Dia mengenyitkan mata padaku sambil tersenyum manis. Perutnya yang memboyot itu menunjukkan dalam beberapa minggu lagi dia akan bersalin.

"Hai pagi-pagi lagi dah nak bagi aku kerja macam-macam ke? yang semalam pun aku belum habis lagi. Kalau macam ni la Nuha matila aku" Aku berseloroh dengan Nuha teman sepejabat ku merangkap setiausaha En. Zafril. Nuha tertawa kecil.

"Ala, you know la Encik Zafril tu macam mana. Dia kan syok kat you. You layankan aje" Nuha mengusik ku.

"Takdalah Nuha. You ni pandai-pandai aje kan"

Nuha tertawa kali ni lebih besar berbanding tadi. Aku melangkah malas masuk ke bilik Encik Zafril. Aku mengetuk pintu perlahan.

"Masuk" kedengaran suara Encik Zafril dari dalam. Diselangi dengan batuk kecil.

"Encik Zafril panggil saya?" Encik Zafril mengangkat mukanya memandangku. Dia merenungku dengan pandangan yang tajam. Lama. Aku yang berdiri terpacak di hadapnnya menjadi tidak keruan apabila ditenung begitu.

"Encik Zafril" aku memanggil namanya. Setelah 3 kali aku memanggil namanya baru dia tersedar.

"Er....err.. ye Zaliya saya panggil awak" suaranya tergagap. Entah kenapa.

"Awak...awak nampak cantik hari ini Zaliya" Aku terkejut dengan pujiannya. Aku terdiam aku kelihatan seperti orang bodoh berdiri terpacak dihadapannya sambil matanya masih tertancap padaku.

"Er bos ada apa-apa yang boleh saya bantu" Aku cuba mengalih bicara. Cuba mengawal emosiku sendiri.

"Ye, Zaliya saya nak awak ikut saya ke Johor this coming Friday, because Nuha cannot join me. Dia kan menunggu hari je nak bersalin." Encik Zafril kembali menyemak dokumen-dokumen di atas mejanya. Dia tidak lagi memandangku.

Jumaat ini? Why me? aku berbisik sendirian. Tidak mungkin aku akan bertanyakan soalah itu kepada nya.

"Saya dengan siapa lagi yang akan ikut Encik Zafril"

"Only you and me" Dia masih tidak memandangku kembali sibuk menyemak dan menandatangani















0 comments: