Di serambi ini, airmata ku merembes perlahan mengalir di pipiku. Aku terkenangkan arwah ayah dan ibu yang telah lama pergi menyahut panggilan Illahi. Meninngalkan dunia yang fana ini akibat kemalangan jalan raya. Kemesraan kasih sayang arwah ayah dan ibu masih ku terasa hingga kini. Walaupun hampir 10 tahun mereka pergi meninggalkan ku, tidak pernah sekalipun ingatan ku luput terhadap mereka.
Sejak umurku 13 tahun, Pak Lang mengambilku untuk dibela. Pak Lang adalah adik ipar ibu. Namun ku hairan Mak Lang tidak pernah menyayangi ku sebagaimana Pak Lang menyayangi ku. Sedangkan Mak Lang adalah adik kandung ibuku sendiri. Persoalan ini ku biarkan berteka teki di benak fikiran ku. Sejak dari mula Mak Lang tidak mahu membelaku, jika tidak arwah Pak Lang yang begitu nekad untuk memelihara ku setelah kematian ibu dan ayah.
"Saya tak mahu awak ambil si Liya tu. Kan ke keluarga sebelah bapak dia kaya raya. Suruh je mereka jaga. Kita ni dah cukup miskin lagi nak tambah bela anak orang?!" Kata-kata Mak Lang di petang 10 tahun yang lalu terimbas kembali di kotak fikiran ku.
Aku duduk di tangga rumah Mak Lang. Sedu sedan tangis ku didengari Mak Lang, namun tidak diendahkannya. Beg baju yang kubawa ku kepit kuat di riba ku. Memeluk seakan mahu beg itu memahami perasaan ku tika itu.
"Awak ni. Liya kan anak saudara awak. Darah daging awak, apa lah salahnya kita jaga dia. Zarith Sofia tu bukan orang lain kakak kandung awak jugak" Pak Lang memujuk dengan lembut.
Mak Lang dan Pak Lang masih berperang mulut. Terasa diriku seakan mahu lari meninggalkan rumah itu. Tiada siapa yang mahukan diriku biarlah aku pergi. Sendu ku bertambah kuat.
Tidak ku pasti apa yang terjadi dalam kekecohan itu, Pak Lang menarik tanganku masuk ke dalam. Diberinya aku sebuah bilik di dalam rumah tempat aku menumpang kasih. Mak Lang hanya memandang ku sekilas. Langsung tidak mahu disapa.
Sejak detik itu, Pak Lang menjaga ku seperti anak sendiri. Tidak pernah dibezakan aku dengan Syima anak kandungnya. Apa yang diberi kepada Syima juga diberikan keadaku. Namun, tidak bagi Mak Lang. Aku dipandang sepi. Kadang kala ditegur kadang kala aku seperti tidak wujud. Aku disuruhnya mengemas rumah dan memasak untuk keluarganya. Sedar nasib diri menumpang aku tidak pernah membantah. Mak Lang sering menghamburkan kata-kata kesat kepadaku. Setiap kali itu juga airmata ku tak pernah jemu menitis. Syima juga begitu. Tidak pernah dilayannya aku seperti saudara. Aku sering diherdik dan dimaki.
Aku pasrah dengan nasib diri. Namun aku tekad untuk memulakan hidup baru bila sudah sampai masanya nanti.
"Hoi! kau gosok baju aku ni esok nak pakai" Syima mencampakkan baju kurung satinnya di hadapan ku.
Lamunan ku terhenti. Aku mendongak memandang wajahnya. Syima merenungku. Dia kemudian berpaling dan masuk ke bilik lalu menghempaskan pintu biliknya dengan kuat. Syima memang begitu. Panas baran orangnya.
Aku mengambil bajunya dan letak di ribaku. Masih aku malas untuk berganjak Dingin malam itu memaksa aku terus duduk diserambi ini. Menyedari hari hampir jauh malam aku bingkas bangun untuk masuk ke dalam. Aku mengunci pintu dan tingkap ruang tamu sebelum menutup lampu dan masuk ke bilikku. Mak Lang sudah lama beradu di kamarnya. Bilik Syima masih terang benderang entah apa yang dibuatnya.
Aku meletakkan baju kurung satin Syima di atas katil. Ku renung baju itu. Cantik. Pasti mahal kainnya.
Aku menggosok baju Syima dengan keluhan yang berat. Sememangnya aku terlalu penat sepanjang hari ini. Selepas balik dari kilang aku terus masakkan nasi dan lauk pauk untuk Mak Lang dan Syima. Belum masuk lagi pelbagai suruhan dan arahan dari mereka. Memang memenatkan. Namun, aku langsung tidak membantah walau hati memberontak. Mungkin ini sahaja cara aku membalas budi mereka yang membenarkan aku menumpang hidup di rumah ini.
Setelah siap menggosok aku menggantung baju nya. Aku menutup lampu dibilik lantas melabuhkan tubuhku yang lelah diatas katil yang empuk bagiku. Sebelum melelapkan mata aku memikirkan rutin untuk esok. Aku melepaskan keluhan berat, menutup mata dan mengharapkan esok lambat menjelma.
Tuesday, January 18, 2011
Antara Cinta dan Airmata. Part 2
Posted by Nenek Kebayan at 7:30 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment