BLOGGER TEMPLATES AND Blogger Templates »

Wednesday, January 19, 2011

Antara Cinta dan Airmata. Part 4

Sana sini Mak Lang terkocoh-kocoh, menyiapkan segala keperluan. Aku yang sedang menukar sarung kusyen hanya memerhatikan langkah Mak Lang. Di bawah, Mak Cik Enon dan Makcik Ros sedang memotong bawang yang berbakul banyaknya sambil mulut terkumat kamit sibuk berbual dan ketawa.
Bukan tidak pernah Syima dirisik atau dipinang orang tapi tidak sesibuk hari ini. Kali ini, Mak Lang betul-betul ingin membuat persispan rapi nak menyambut bakal menantu kesayangan la katakan. Aku tersengih, dalam hati cuma.

"Liya, sampai bile kau nak menelek kusyen tu? Kerja kat dapur ni melambak-lambak lagi. Lepas ni kau pergi kukur kelapa. Cepat sikit!!" suara Mak Lang yang nyaring memecahkan lamunan ku.

"Baik Mak Lang, sikit lagi Liya siapkan." ujarku lembut.

Mak Lang menjeling dan berlalu pergi. Sejak aku meningkat dewasa ini, Mak Lang dan Syima jarang sekali ingin memaki hamun aku lebih-lebih. Mungkin aku sudah dewasa, Selalu nya aku dilayan umpama halimunan. Itu lebih bagus untukku daripada diherdik dan dimaki.

Aku bingkas bangun. Kusyen-kusyen yang sudah siap ku sarungkan dengan sarung baru, ku susunkan semula ditempatnya agar tampak lebih kemas.

Aku ke dapur. Aku melihat Mak Lang mengelap peluh yang meleleh. Mak Lang sedang memotong beberapa bahan mentah untuk dimasak sekejap lagi. Entah ke mana Syima, langsung tidak mahu menolong emaknya di dapur.

"Mak Lang biarlah Liya buat, Mak Lang pergilah berehat dulu". pintaku lembut. Kesian benar aku melihat Mak Lang berperit jerih memasak di dapur. Sementelah usia Mak Lang yang sudah menjangkau 59tahun.

Mak Lang meninggalkan pisau di atas meja dan berlalu pergi. Tidak langsung disahutnya, tidak langsung ditolehnya wajahku. Sudah terbiasa dengan keadaan itu, aku lantas mengambil alih tugas Mak Lang.

Azan Maghrib berkumandang di surau sebelah rumah. Aku masih lagi menyiapkan kerja-kerja di dapur tanpa menyedari masa berlalu. Aku membasuh perkakas-perkakas yang telah siap kugunakan sebelum melangkah ke bilik air untuk mandi dan berwuduk. Suara Mak Lang dan makcik-makcik yang rancak berbual dari tadi tidak lagi kedengaran. Mungkin semua sudah beransur pulang ke rumah masing-masing.

Setelah menyirami badan yang lesu dengan air sejuk aku bergegas masuk ke bilik. Langkahku terhenti seketika sebelum tangan memulas tombol pintu bilik. Aku terlihat Mak Lang sedang duduk di serambi seorang diri sambil termenung. Hendak ditegur, sudah pasti tidak akan ada balasan. Lantas kubiarkan sahaja. Namun, aku sedikit hairan kerana beberapa kali aku melihat Mak Lang mengesat air matanya yang gugur. Entah kenapa. Mungkin sedih anak kesayangannya bakal menjadi isteri oranag dan bakal meninggalkan rumah ini.

***************************************
"Mak buat apa kat sini?" Suara Syima memecah hening malam.
"Kau ke mana aje Syima? Esok orang dah nak datang pinang kau. Cuba la bawak-bawak duduk rumah ni Syima" ada getaran dalam suara Mak Lang.

"Orang jumpa kawan la" Syima membalas kasar. Derapan kayu yang berkeriut dan hempasan pintu bilik yang deras membuatkan aku pasti Syima telah melukakan hati ibunya lagi.

Aku melipat kain telekung yang siap digunakan. Aku tidak mahu membuang masa. Di dapur masih berbaki sedikit lagi kerja yang harus disiapkan sebelum esok menjelang. Aku keluar dari bilik. Terkejut apabila aku melihat Mak Lang tercongok di depan pintu bilik ku. Aku terdiam. Kekok rasanya bila bertentangan mata begini dengan Mak Lang. Namun, tiada riak kemarahan di matanya seperti yang biasa kulihat setiap kali dia memandangku. Pertama kali aku melihat Mak Lang melihat ku dengan penuh kesayuan dan pengharapan. Apa sudah jadi pada Mak Lang. 
Aku menarik pandangan ku dari terus melihat Mak Lang aku berlalu ke dapur untuk menyambung kerja-kerja yang berbaki.

Aku lihat Mak Lang masuk ke bilik dan menutup pintu bilik. Aku semakin bingung dengan  keadaan Mak Lang. 

Malam berlalu begitu sahaja. Tiada kelibat Mak Lang mahupun Syima. Kedua-duanya terperuk didalm bilik sejak maghrib tadi. Entah apa yang dibuat tidak ku pasti. Panggilan ku untuk makan malam juga tidak disahut Mak Lang mahu pun Syima.

Di dalam bilik, berbaring sambil meletakkan tangan di kepala. Aku merenung siling yang bersawang. Memikirkan apa yang akan berlaku esok. Ah! melelahkan baik aku tidur. Bisikku. Aku cuba memejamkan mata. Mengharapkan esok semuanya berjalan dengan lancar.

********************************************

Bunyi ayam berkokok di subuh hari, mengejutkan tidur ku. Aku bingkas bangun ke bilik air untuk mengambil wuduk. Mak Lang dan Syima masih enak dibuai mimpi agaknya. Biasanya begitu, bukan tidak pernah aku mengejutkan mereka solat subuh. Tapi tidak pernah langsung diendahkan.Malah, diherdiknya aku dengan kasar terutama Syima. Lalu aku berputus asa dan tidak pernah lagi mengejutkan mereka bangun bersolat.

Selesai solat subuh, aku ke dapur menyiapkan kerja-kerja sebelum Mak Lang bangun. Aku lebih suka membuat kerja di subuh-subuh begini lebih tenang. Aku menyiapkan sarapan pagi. Dapur ku kemas bersih.
"Liya..oh Liya" Terdengar suara Mak Lang memnggilku.

"Liya di dapur ni Mak Lang" sahut ku dari arah dapur.

"Kau dah siapkan semua lauk pauk untuk hidangan nanti" Mak Lang bertanya. Kedengaran nada suara Mak Lang tidak seperti biasa. Lebih lembut walaupun mendatar.

"Liya tengah siapkan ni Mak Lang. Mak Lang sarapan la dulu" aku tidak memandang Mak Lang. Mataku ku arahkan ke gulai keladi di periuk sambil tanganku mengacau kuahnya. Sengaja aku tidak mahu bertentang mata dengan Mak Lang. Entah kenapa kurasa kan sikap Mak Lang aneh sedikit.

"Mak!!! oo Makkk!!!" jeritan suara Liya mengejutkan aku dan Mak Lang didapur.

"Mak kat dapur ni Ma" Mak Lang menyahut sambil tangannya membelek belek sayur labu yang sudah ku siang tadi.

"Mak! Pukul berapa rombongan nak sampai? Syima ada hal la" Syima mengerut-ngerutkan keningnya sambil menguak rambutnya yang panjang dan kusut masai ke belakang kerana baru bangun dari tidur.

"Ada apa lagi ni Syima? Kau ni asyik nak berjalan je. Kau jangan nak ke mana -mana duduk rumah ni siap elok-elok. Mak taknak mereka tengok Syima selekeh." Tangan Mak Lang laju mengasingkan sayur sayur yang hendak ditumis.
"Hal penting la mak, Syima memang kena pergi jugak" Syima masih memujuk.
"Mak kata jangan, jangan!" Mak Lang meninggikan suaranya."Duduk rumah siap apa yang patut. Jangan degil" Mak Lang bercekak pinggang memandang Syima yang terkebil-kebil.

Syima menarik muka masam, berpaling dan menghempas pintu biliknya seperti biasa. Mak Lang kembali menyambung kerjanya. Diteruskan kerja-kerja memasak dengan ku. Di dapur Mak Lang lebih banyak mendiamkan diri. Mulutnya tidak seperti biasa yang menyuruh aku itu dan ini. Semuanya dibuat sendiri. Sesekali dia meminta tolong aku mengambil barang-barang yang diingini dalam masakan.Sikap Mak Lang membuat aku berasa sedikit kekok.
Entah kenapa pulak orang tua ni, selalu mulut bising macam-macam yang diarahkan aku sampai tak menang tangan aku dibuatnya. Hari ni lain pula. Senyap je, macam melayan perasaan pun ada.

Hampir dua jam di dapur, aku masih setia membantu Mak Lang walaupun Mak Lang sebenarnya langsung tidak mempedulikan ku. Selesai semua masakan aku mengemas dapur semula. Aku melihat Mak Lang mengesat peluh di dahi. Penat mungkin. Mak Lang berlalu pergi apabila melihat aku sudah mula mengemas perkakas dapur.

"Syima! dah pukul 11 ni. Pukul 12 karang Mat Seman dan rombongannya nak sampai dah. Kau dah siap belum" Mak Lang mengetuk pintu bilik Syima.
"Dah la Mak!" Kedengaran suara Syima yang memprotes kerana tidak membenarkan dia keluar sebentar tadi.
"Bagus" Mak Lang berlalu pergi dengan senyuman.

Kelihatan wajah ayu Syima sudah dirias dengan cantik. Baju kebaya sutera hijau di tubuhnya tampak menawan sekali. Syima memang pandai melaram walaupun dia cuma mendapat gred 3 dalam SPM. Rezeki dia nak kahwin dengan orang kaya. Bisikku di dalam hati.

****************************************************



Tuesday, January 18, 2011

Antara Cinta dan Airmata. Part 3

"Liya, aku dengar Syima nak dirisik Hakim, betul ke?" Anis menepuk bahuku.  Aku mengunci loker sebelum menoleh ke arah Anis.

"Iye lah kot" ujar ku ringkas. Seboleh mungkin aku tak mahu persoalan ini dibangkitkan di kilang tempat aku bekerja.

"Kau ni boleh pulak kot kot" Anis membalas.
"Kau dah siap check stok semalam?" Aku cuba mengubah bicara. Malas aku nak memikirkan soal Syima. Lelah aku nak mengingatkan urusan keluarga yang tak pernah anggap aku sebahagian dari mereka.
"Dahhh.." Jawab Anis kelat.

"Liya, macam mana permohonan kau kerja kerani di Kuala Lumpur tu dapat tak?" Anis masih tidak putus asa mengajak ku berbual.

Aku termenung mengingatkan permohonan jawatan kerani di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Aku menghantar borang permohonan bulan lepas, namun masih belum ada jawapan. Aku membiarkan persoalan itu tidak membelenggu diriku seketika. Tumpuan terhadap kerja perlu diutamakan sekarang.

"Oi Liya, aku tanya ni"
"Oh, belum ada jawapan lagi la Nis. Jom buat kerja"

Aku memandang sekilas wajah Anis mencebik. Aku ketawa kecil.

*****************************************************

" Sharifah Zaliya" 

Aku menoleh ke belakang. Aku terpana melihat Encik Hakim, pemilik kilang ini. Orangnya kacak, tinggi, kulitnya putih persis orang arab, berkaca mata dan segak bergaya. Selama aku bekerja disini tidak pernah sekalipun disapanya aku. Tetapi kenapa hari ini? Aku mengagak mungkin atas urusan Syima yang bakal dipinangnya minggu depan.

"Ye tuan, ada apa yang boleh saya bantu?" Aku menutup rasa gugup. 

"Syima tidak datang bekerja ke  hari ini" tanyanya.

"Datang tuan, mungkin terlewat sedikit" tidak pasti jawapan apa yang harus aku berikan.
Syima pun satu, mungkin dia fikir dia bakal menjadi isteri pemilik kilang lalu kedatangan ke kilang ini tidak lagi dipentingkannya. 

"Hmm okey, kalau dia datang saya nak jumpa dia sekejap ada urusan sedikit. Boleh awak sampaikan pesanan saya?"

" Boleh tuan, insyAllah tuan" aku menunduk kan sedikit kepala tanda hormat.
"Terima kasih. Tidak perlulah bertuan-tuan dengan saya lagi Zaliya" sempat dia melemparkan senyuman dan terus berlalu pergi.

Aku masih gugup. Entah kenapa. Mungkin selama ini aku melihat Hakim dari jauh dan tidak pernah bertegur sapa. Tapi hari ini, kerana Syima, pemilik kilang sabun ini merangkap bakal menjadi saudara ku menegurku. Sedikit kaget namun aku terus menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh sebentar tadi.

Waktu rehat jam 1.00 petang aku masih tercari-cari kelibat Syima. Masih tidak kelihatan. 
"Liya, Liya" Anis mencuit bahu ku.
"Tu..tu.." Anis memuncungkan mulutnya ke satu arah.
Dari jauh aku melihat Syima dan Hakim berjalan beriringan. Kedua-duanya tertawa riang. Aku merenung Syima, jelita dan menawan berbaju kurung satin merah jambu. Susuk tubuhnya yang persis model itu menyerlahkan lagi penampilannya. Hakim dan Syima bagai pinang dibelah dua. Sama cantik sama padan. 
Syima memandang ku sekilas. Aku tersenyum ke arahnya. Tiada senyuman balasan darinya. Aku menyambung menghabiskan bekalan nasi dan sayur bayam ku. 

"Confirm la tu" Anis mengomel.

"Anis lepas habis kerja nanti aku tak dapat teman kau ke kedai buku. Aku nak balik rumah awal sikit. Nanti Mak Lang bising"
"Yelah..yelah.." Anis menjuihkan bibirnya yang munggil itu. Anis memang comel dan genit. Tanpa keletahnya di kilang ini pasti aku kebosanan.

************************************

Aku melabuhkan badan yang lesu di atas katil. Sejak aku pulang tadi tidak kelihatan kelibat Mak Lang atau Liya. Mungkin masin-masing sibuk dengan urusan membeli belah untuk kenduri merisik minggu depan. Ada ke takde ke aku sama saja. Aku melepaskan keluhan.

Aku bangkit dari katil, mencapai tuala lalu ke bilik air untuk mandi. Usai solat Asar, perutku bergendang meminta diisi. Aku ke dapur merenung meja makan yang kosong. Seperti yang aku jangkakan tidak akan ada walau sedikit pun lauk dan nasi ditinggalkan untuk aku.

Aku mencapai kuali lalu menggoreng telur. Nasi yang sedikit berbaki aku tarah hingga licin keraknya. Nasi yang berkerak itu ku gaulkan dengan telur goreng. 

Bunyi deruman enjin kereta membuatkan suapan terakhir ku terbantut. Aku menjenguk ke luar tingkap. Sebuah kereta BMW diletakkan betul-betul di hadapan rumah Mak Lang. Aku melihat Mak Lang dan Syima keluar dari perut kereta mewah itu. Muka Mak Lang bersinar-sinar penuh kepuasan dan kegembiraan. Manakala Syima melemparkan senyuman kelat kepada Hakim. Syima mengangkut semua barang-barang yang dibeli sambil dibantu Hakim. Syima berjalan mendahului Hakim.Langsung tiada riak kemesraan di wajah Syima seperti yang kulihat di kilang tengahari tadi. 
"Syima..kot ye pun ajaklah Hakim naik ke rumah" Mak Lang menegur Syima yang menonong masuk ke rumah.

Syima tidak endahkan panggilan Mak Lang, terus dia masuk ke bilik dan menutup pintu. Begitulah Syima ,
tidak suka diperintah. Aku melihat wajah Hakim berubah. Mungkin malu diperlakukan begitu oleh Syima.
"Terima lah Hakim, Syima tu moody" bisikku sendirian sambil ketawa kecil.

"Takpelah makcik, saya balik dulu ye. Kirim salam pada Syima dan Zaliya ye Makcik" Berubah muka Mak Lang bila  Hakim menyebut namaku. Mak Lang melemparkan senyuman yang dipaksa. Mak Lang memang tidak suka nama ku disebut-sebut orang apatah lagi bakal menantunya yang kaya raya tu.

"Mak Lang mari Liya bantu" Aku cuba menjernihkan hati Mak Lang yang mungkin sedikit geram dengan pesanan Hakim tadi.

Mak Lang membatu. Dilemparkannya barang-barang yang dibeli di hadapan ku, lalu Mak Lang masuk ke bilik dan menghempas pintu bilik.

"Kemana kuah kalau tak tumpah ke nasi" aku bermonolog sendiri.


Antara Cinta dan Airmata. Part 2

Di serambi ini, airmata ku merembes perlahan mengalir di pipiku. Aku terkenangkan arwah ayah dan ibu yang telah lama pergi menyahut panggilan Illahi. Meninngalkan dunia yang fana ini akibat kemalangan jalan raya. Kemesraan kasih sayang arwah ayah dan ibu masih ku terasa hingga kini. Walaupun hampir 10 tahun mereka pergi meninggalkan ku, tidak pernah sekalipun ingatan ku luput terhadap mereka.

Sejak umurku 13 tahun, Pak Lang mengambilku untuk dibela. Pak Lang adalah adik ipar ibu. Namun ku hairan Mak Lang tidak pernah menyayangi ku sebagaimana Pak Lang menyayangi ku. Sedangkan Mak Lang adalah adik kandung ibuku sendiri. Persoalan ini ku biarkan berteka teki di benak fikiran ku. Sejak dari mula Mak Lang tidak mahu membelaku, jika tidak arwah Pak Lang yang begitu nekad untuk memelihara ku setelah kematian  ibu dan ayah.

"Saya tak mahu awak ambil si Liya tu. Kan ke keluarga sebelah bapak dia kaya raya. Suruh je mereka jaga. Kita ni dah cukup miskin lagi nak tambah bela anak orang?!" Kata-kata Mak Lang di petang 10 tahun yang lalu terimbas kembali di kotak fikiran ku.

Aku duduk di tangga rumah Mak Lang. Sedu sedan tangis ku didengari Mak Lang, namun tidak diendahkannya. Beg baju yang kubawa ku kepit kuat di riba ku. Memeluk seakan mahu beg itu memahami perasaan ku tika itu.

"Awak ni. Liya kan anak saudara awak. Darah daging awak, apa lah salahnya kita jaga dia. Zarith Sofia tu bukan orang lain kakak kandung awak jugak" Pak Lang memujuk dengan lembut.

Mak Lang dan Pak Lang masih berperang mulut. Terasa diriku seakan mahu lari meninggalkan rumah itu. Tiada siapa yang mahukan diriku biarlah aku pergi. Sendu ku bertambah kuat.

Tidak ku pasti apa yang terjadi dalam kekecohan itu, Pak Lang menarik tanganku masuk ke dalam. Diberinya aku sebuah bilik di dalam rumah  tempat aku menumpang kasih. Mak Lang hanya memandang ku sekilas. Langsung tidak mahu disapa.

Sejak detik itu, Pak Lang menjaga ku seperti anak sendiri. Tidak pernah dibezakan aku dengan Syima anak kandungnya. Apa yang diberi kepada Syima juga diberikan keadaku. Namun, tidak bagi Mak Lang. Aku dipandang sepi. Kadang kala ditegur kadang kala aku seperti tidak wujud. Aku disuruhnya mengemas rumah dan memasak untuk keluarganya. Sedar nasib diri menumpang aku tidak pernah membantah. Mak Lang sering menghamburkan kata-kata kesat kepadaku. Setiap kali itu juga airmata ku tak pernah jemu menitis. Syima juga begitu. Tidak pernah dilayannya aku seperti saudara. Aku sering diherdik dan dimaki.

Aku pasrah dengan nasib diri. Namun aku tekad untuk memulakan hidup baru bila sudah sampai masanya nanti.

"Hoi! kau gosok baju aku ni esok nak pakai" Syima mencampakkan baju kurung satinnya di hadapan ku.
Lamunan ku terhenti. Aku mendongak memandang wajahnya. Syima merenungku. Dia kemudian berpaling dan masuk ke bilik lalu menghempaskan pintu biliknya dengan kuat. Syima memang begitu. Panas baran orangnya.

Aku mengambil bajunya dan letak di ribaku. Masih aku malas untuk berganjak Dingin malam itu memaksa aku  terus duduk diserambi ini. Menyedari hari hampir jauh malam aku bingkas bangun untuk masuk ke dalam. Aku mengunci pintu dan tingkap ruang tamu sebelum menutup lampu dan masuk ke bilikku. Mak Lang sudah lama beradu di kamarnya. Bilik Syima masih terang benderang entah apa yang dibuatnya.

Aku meletakkan  baju kurung satin Syima di atas katil. Ku renung baju itu. Cantik. Pasti mahal kainnya.

Aku menggosok baju Syima dengan keluhan yang berat. Sememangnya aku terlalu penat sepanjang hari ini. Selepas balik dari kilang aku terus masakkan nasi dan lauk pauk untuk Mak Lang dan Syima. Belum masuk lagi pelbagai suruhan dan arahan dari mereka. Memang memenatkan. Namun, aku langsung tidak membantah walau hati memberontak. Mungkin ini sahaja cara aku membalas budi mereka yang membenarkan aku menumpang hidup di rumah ini.

Setelah siap menggosok aku menggantung baju nya. Aku menutup lampu dibilik lantas melabuhkan tubuhku yang lelah diatas katil yang empuk bagiku. Sebelum melelapkan mata aku memikirkan rutin untuk esok. Aku melepaskan keluhan berat, menutup mata dan mengharapkan esok lambat menjelma.

Antara Cinta dan Airmata. Part 1

Kedinginan malam ini menyengat hingga ke tulang hitam ku. Aku mengambil sehelai selimut dan membaluti tubuhku. Kepekatan malam membuatkan aku masih tidak mahu berganjak dari serambi rumah ini. Sejak dari petang tadi aku masih disini. Ralat untuk ku masuk ke dalam.Kelat untuk ku melihat wajah sepupuku yang asyik melaram dan perit lubang hidungku dengan bauan minyak wangi yang entah berapa botol dipakainya.

"Liya!! oo Liya!!" Jeritan Mak Lang dari dapur membantutkan lamunan ku. Sengaja ku biarkan jeritan itu sebanyak tiga kali.
"Ye Mak Lang...."
Aku bangkit dari simpuhku dengan lemah. Malas rasanya. Laju kakiku melangkah masuk. Bebelan Mak Lang akan makin panjang jika aku lewat menerjah pekikannya.

"Syima mana?" tanya Mak Lang sambil berkerut-kerut keningnya memandangku. Bila pulak aku jadi 'babysitter' Si Syima tu makcik oi. Ngomelku dalam hati cuma.

"Mungkin dalam biliknya la tu" ujarku dengan penuh keyakinan.

Masa aku lalu depan pintu biliknya tadi sudah ku terbau haruman minyak wanginya yang semerbak, sambil ku terdengar suaranya bercakap dengan seseorang di telefon. Sekejap-sekejap terdengar jeritan kecil Syima memarahi seseorang di talian. Pasti dia ada di dalam bilik. Bergayut dengan Syafiq mungkin.

"Yang kau ni dari tadi aku panggil pergi mana? Lauk pauk dah hidang? Panggil Syima ada benda aku nak cakap dengan dia" tinggi suara Mak Lang menyebabkan aku bergegas menghidang lauk pauk diatas meja untuk santapan makan malam.

"Aku cakap pergi panggil Syima pekak ke kau"

Aku berlari anak ke bilik Syima. "Mak Lang ingat aku ni robot ke. Kejap ke sana kejap kesini." Bisikku cuma. Sudah menjadi kebiasaan pekikan dan laungan Mak Lang singgah ke telinga ku.Aku sudah tidak ambil pusing dengan semua itu. Terluka hati usah dicerita. Menangis meraung tak pernah diendah Mak Lang apatah lagi sepupuku Syima. Arwah Pak Lang yang dulu begitu menyayangiku dan memanjakanku telah kembali ke Penciptanya 2 tahun yang lalu. Sejak itu, hidupku  diburu derita angkara Mak Lang dan Syima.

Belum sempat tanganku singgah ke pintu bilik Syima, Syima menguak pintu biliknya. Tersembul biji matanya melihat aku terpacak depan biliknya. Rambutnya yang perang dan panjang itu dilurut lembut ke depan, sambil menjeling aku di hadapannya.

Cantik. Tapi tidak secantik budi bahasanya.

"Apa kau nak?"
" Mak Lang panggil" ujarku pendek lalu aku berpaling untuk pergi. Tak tahan aku nak menghirup bau minyak wanginya yang kuat itu.

Terdengar keluhan nya yang kuat. Memprotes panggilan ibunya. Aku berjalan ke dapur mendahuluinya.

"Ada apa mak!" tinggi suaranya sambil melangkah kan kakinya ke dapur.

"Kau  mari duduk sini mak nak cakap" Mak Lang terkocoh-kocoh ke ruang tamu. Mengajak anaknya turut serta. Syima dengan malas mengekori emaknya dari belakang.

"Ada apa ni mak, sibuk-sibuk ni. Hal penting sangat ke?" Syima mencapai remote televisyen lantas jarinya menekan butang on.

Aku yang sedari tadi melihat kelakuan Mak Lang yang pelik mengintai dari dapur, sambil tanganku sibuk memanaskan lauk-pauk untuk dihidang.

"Syima, anak Mat Seman nak merisik kau. Kau suka tak?" terbit kegirangan dalam nada suara Mak Lang.
Aku di dapur cuma memasang telinga.

" Dia nak risik Syima untuk anak dia yang mana?" nada Syima tidak begitu teruja dan tiada riak terkejut dalam nadanya.Matanya masih tertancap di tv sambil jarinya mencari-cari saluran tv yang menarik.

"Untuk si Hakim" masih dalam nada kegirangan dan penuh pengharapan.

"Okey" Jawab Syima bersahaja.

"Kau setuju ke Ma" semakin girang suara Mak Lang.

"Dia kaya tau Ma, kalau kau kahwin senang hidup kau. Kereta Mecedes ada BMW ada, rumah banglo dua biji" Mak Lang pasang angan-angan. Nada nya semakin seronok bercerita tentang kekayaan Pakcik Mat Seman kepada Syima.

Tiada sahutan dari Syima. Aku tau Syima tidak begitu pandang soal kekayaan. Syima adalah gadis paling cantik dalam kampung ini. Masuk Hakim, sudah ramai yang kaya-kaya masuk meminang tetapi ditolak Syima dengan alasan belum bersedia untuk kahwin. Tapi aku hairan bila Syima menyatakan persetujuannya menerima kedatangan rombongan Hakim, anak Pakcik Mat Seman yang kaya raya itu. Setahu aku, Syima sedang bercinta bagai nak rak dengan Syafiq anak penghulu kampung ini. Mak Lang pasti tau. Namun Syafiq bukan calon menantu pilihan Mak Lang. Syafiq cuma bekerja di sawah. Petani moden. Selepas tamat ijazah Syafiq pulang ke kampung mengerjakan sawah bapanya.


"Kalau kau setuju, minggu depan dia bawa rombongan meminang" Mak Lang masih teruja.
"Hmmm..." Syima membalas.

"Kalau macamtu mak nak siap-siapkan soal kenduri nanti......"

Terdengar derapan kaki Mak Lang di atas rumah kayu usang ini. Berkeriut bunyi kayunya.

"Dah siap Liya?"
"Dah Mak Lang"
Memang aku umpama orang gaji bagi Mak Lang. Aku dilayan seakan tidak wujud di dalam rumah ini. Apa-apa cerita dan berita tidak pernah Mak Lang borakkan kepada ku.

Sudah terbiasa dengan keadaan ini. Aku tidak pernah mahu bertanya apa kepada Mak Lang mahupun Syima tentang apa jua yang berlaku sekalipun terhadap mereka.

"Syima mari makan." jemputku. Aku ke ruang tamu memanggilnya makan. Syima masih tidak berganjak. Tangannnya masih menekan-nekan remote tv. Tidak langsung dibalasnya penggilan ku malah tidak langsung ditolehnya aku.

"Syima!!!  mari makan cepat mak dah lapar ni" pekik Mak Lang dari dapur. Syima mencampakkan remote di kusyen lantas ke dapur. Aku yang sedari tadi terkebil-kebil berdiri di sebelahnya langsung tidak diendahkan. Halimunan agaknya aku ni. Sayu hatiku, namun cepat-cepat ku pujuk agar tidak melarat. Begitulah Syima tidak pernah mahu bercakap denganku sejak dulu. Hanya sepatah dua kata sahaja yang menyinggah untukku.

Aku melangkah lemah ke dapur. Aku melihat Mak Lang dan Syima berbual sambil ketawa. Aku masih berdiri di pintu dapur melihat kegembiraan mereka. Hatiku sayu. Aku membawa kakiku ke serambi tadi tempat aku merenung nasib diriku.